Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Orang Yang Ikhlas Pasti Bertemu Lailatul Qadar

ORANG IKHLAS PASTI BERTEMU LAILATUL QADAR

Dalam Kitab Lailah Al-Qadr karya Dr. Abdul Bari Muhammad Dawud menerangkan objektif Allah SWT menjadikan Lailatul Qadar pada sebelah malam:

"Pemilihan waktu malam (sebagai malam al-Qadr) kerana waktu malam adalah waktu khas untuk pengabdian hanya kepada Allah. Pada waktu malam juga ada kesucian (jiwa), ketenangan dan terdapat ramalan yang benar. Maka bagi orang yang ingin menunjuk-nunjuk dalam beribadah, mustahil dia dapat bangun malam. Bagi orang yang ingin memperlihatkan bahawa dia adalah seorang yang soleh sama ada dia riya' atau dia munafik juga mustahil dia bangun malam akan tetapi yang benar-benar bangkit untuk qiam ialah orang yang khusyuk dan beriman kepada Allah".

Pada sepertiga malam akhir, Allah SWT turun ke langit dunia semata-mata ingin mengampuni dan memperkenan setiap permintaan hamba-hamba-Nya yang qiam bermunajat. Sememangnya pada awal, pertengahan dan akhir malam merupakan waktu yang paling baik untuk kita bermunajat kepada Allah. Para Malaikat akan sentiasa berdampingan dengan hamba Allah yang soleh. Sementara pada malam Al-Qadr, Jibril mengetuai gerombolan Malaikat yang tidak dapat digambarkan jumlahnya akibat terlalu ramai, turun berdampingan dengan mereka yang berusaha melakukan amal soleh. Ikhlaskan niat kita Lillah Taala.

Asri ed-Diwanie