Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Elak Bersengketa Untuk Bertemu Lailatul Qadar



 ELAK BERSENGKETA UNTUK BERTEMU LAILATUL QADAR

Dalam Kitab Maza Ta'rifu An Lailah Al-Qadr karya Syeikh Nada Abu Ahmad menegaskan bahawa persengketaan sebenarnya menjadi asbab kepada diangkatnya tanda-tanda Lailatul Qadar:

"Maka sesungguhnya pertelingkahan menjadi sebab diangkatnya penentuan tarikh (Lailatul Qadar). Persengketaan sebegini menghalang segala jenis kebaikan. Sesungguhnya wajib ke atas seluruh umat Islam untuk berkasih-sayang dan bertaut hati antara satu sama lain. Barangsiapa yang ada permusuhan dengan saudara se-Islamnya, maka hendaklah dia bersegera memperbaikinya. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim dengan salah seorang kaum kerabatnya maka hendaklah dia membina balik hubungan tersebut. Maka sesungguhnya kebaikan diangkat dari muka bumi akibat permusuhan dan kedengkian".

Elakkanlah khilaf sesama umat Islam khasnya ketika berada di sepuluh akhir Ramadhan. Kebanyakan umat Islam mempertingkatkan amalan masing-masing pada Ramadhan berbaki ini demi memburu Lailatul Qadar. Sekiranya ada dikalangan kita yang suka membesarkan khilaf yang kecil sehingga mengelirukan masyarakat dan menyebabkan umat Islam menjadi berpuak-puak, Allah terus menyembunyikan petanda-petanda kemenangan apatah lagi waktu berlakunya Lailatul Qadar.

Asri ed-Diwanie