Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Hulurkan Bantuan Anda

 

HULURKAN BANTUAN ANDA

Dalam Kitab Abiir Al-Zaman Fi Fadha'il Wa Aadab Wa Ahkam Ramadhan karya Syeikh Ahmad Sayyid Abu Al-'Amayim menyatakan bahawa puasa adalah medan tarbiah untuk turut merasai keperitan orang lain yang lebih susah:

"Dan orang Islam yang berpuasa sedang dia dalam keadaan lapar dan dahaga apabila dia melihat makanan yang menggiurkan dan air yang sejuk dihadapannya, namun dia tidak mampu untuk menjamah makanan dan minuman itu, maka dia mula mengingati keperitan orang-orang yang tidak mendapat kesenangan daripada kalangan orang fakir miskin, orang sakit dan yang dalam kesusahan. Mereka hanya boleh melihat makanan yang lazat dan menggiurkan akan tetapi tidak mampu mendapatkannya disebabkan kefakiran dan keuzuran mereka. Maka orang yang berpuasa (menjadi insaf) lalu menyibukkan dirinya dengan kesyukuran ke hadrat Allah diatas pelbagai nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya".

Orang yang berpuasa dengan sebenar-benarnya ialah apabila dia sertakan sekali perasaan kasihan-belas terhadap saudara-saudaranya yang susah dan ditindas. Jika dia mampu untuk memberi bantuan berupa material, terus dihulurkan bantuan tanpa banyak soal. Sekiranya dia berhalangan, munajat dan doa khas buat mereka sentiasa dipanjatkan.

Asri ed-Diwanie
28 Ramadhan 1438H