Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Johor Kenyataan Media Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor:Tindakan Menutup Masjid Al- Aqsa Amat Dikesali - Dewan Muslimat Pas Negeri Johor Mendesak PBB & OIC Bertindak

Kenyataan Media Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor:Tindakan Menutup Masjid Al- Aqsa Amat Dikesali - Dewan Muslimat Pas Negeri Johor Mendesak PBB & OIC Bertindak


Kenyataan Media Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

16 hb Julai 2017 l 22 Syawal 1438 H

TINDAKAN MENUTUP MASJID AL- AQSA AMAT DIKESALI - DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR MENDESAK PBB & OIC BERTINDAK

1.Dewan Muslimat PAS Negeri Johor melahirkan rasa kesal dan mengecam serta membantah keras tindakan yang dilakukan untuk menghalang umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa oleh pihak Israel pada hari Jumaat yang lalu.

2.Tragedi tembakan terhadap tiga orang pemuda Palestin di dalam Masjid Al Aqsa baru -baru ini adalah suatu tindakan yang zalim dan perlakuan ganas tentera dan polis Yahudi juga merupakan agenda Yahudi yang dipercayai mahu  menawan  serta menguasai masjid itu secara mutlak.

3.Tindakan mengunci pintu Masjid Al Aqsa dan menyekat umat Islam dari menunaikan solat Jumaat adalah suatu tindakan tidak bertamadun ,zalim dan menghina serta mencabar umat Islam di seantero dunia.

4.Sebelum ini usaha menghalang umat Islam dari menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Aqsa kali pertama pernah dilakukan selepas tahun 1960 an , dan ini adalah tindakan yang mesti dibantah oleh semua pihak dan Ummat Islam di seluruh dunia.

5.Dewan Muslimat PAS Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tindakan membiarkan Yahudi memperlakukan sewenang-wenangnya bertindak zalim ke atas ummat Islam yang ingin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa bakal mencetuskan amarah dan mengundang ketegangan serta provokosi yang dimulakan untuk menindas umat Islam.

6.Tindakan mencetuskan keganasan dan melakukan kezaliman dengan cara memusnahkan Masjid Al Aqsa oleh regim Israel adalah suatu tindakan yang tidak boleh dimaafkan.


7.Secara tidak langsung ,ini bermakna Regim Israel telah membelakangkan resolusi UNESCO yang mengiktiraf dan memperakui Al Quds ialah warisan umat Islam sejak berzaman lamanya lagi. Ummat Islam tidak akan berdiam diri atas perlakuan biadap Regim Israel dan tindakan mesti diambil tindakan untuk menghalang Al Quds dari dicerobohi oleh pihak Yahudi seperti yang telah pada tahun 1994 di Masjid Ibrahimi.


8.Dewan Muslimat Negeri Johor mendesak OIC menyatakan pendirian tegas dan sikap yang konsisten jika Masjid Al- Aqsa masih ditutup pada minggu Jumaat seterusnya.


9.Sekatan ekonomi , politik dan antarabangsa untuk mendesak Israel menghentikan tindakan biadap ini mesti diambil.

10.Umat Islam perlu bersiap mempertahankan Masjid Al Aqsa dan tidak boleh berkompromi barang seinci pun tapak Masjid Al Aqsa tersebut.

11.Usaha untuk menyusahkan dan menghalang umat Islam menunaikan Solat di Masjid ketiga termulia dalam Islam itu adalah tindakan melampau dan tidak berperi kemanusiaan seolah -olah mahu menghalau dan salah satu tahap rancangan Yahudi secara halus untuk mengusir umat Islam dari Al Aqsa secara terhormat.

12.Tiga anak muda yang syahid di Masjid Al Aqsa pada Jumaat yang lalu juga menuntut pembelaan dari Ummat Islam seluruh dunia.

13.Dewan Muslimat PAS Negeri Johor memberi amaran bahawa semua pemimpin Arab di Asia Barat yang sibuk bertelegah antara satu sama lain bahawa mereka akan bakal bertanggungjawab terhadap kehilangan Masjid Al Aqsa dan seluruh bumi Palestin jika mereka tidak bertindak segera mempertahan Masjid Al-Aqsa itu secara terhormat.
Islam melarang perbuatan zalim sekalipun kepada haiwan ,inikan pula kita sesama manusia.

14. Apa yang pasti,Agama Islam menjamin keamanan  dan kesejahteraan mana-mana kaum atau bangsa dan penganut agama lain bebas mengamalkan anutan beragama mereka selagi tidak menganggu urusan agama ISLAM dan menghormati prinsip Islam yang diletakkan di martabat yang tertinggi sejak lebih 1400 tahun lagi. Justeru,tindakan mencabar kesabaran Ummat Islam dengan menutup Masjid Al-Aqsa tanpa pembelaan mana-mana pihak adalah suatu perbuatan tercela dan zalim serta tidak boleh dimaafkan sama sekali.

15.Dewan Muslimat PAS Negeri Johor menyatakan kesediaan dan komitmen padu serta bakal turun bersolidariti membantah tindakan zalim ini dalam himpunan besar-besaran bersama mana-mana NGO ISLAM jika kezaliman Regim Israel tidak dihentikan .


*SEJAHTERA BERSAMA ISLAM*

Salam hormat,


PN.NORMALA BINTI SUDIRMAN
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merangkap
AJK Dewan Muslimat PAS MALAYSIA.
16 Julai 2017