Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sabah Ameerah Batu Sapi edar bubur dan kurma akhir Ramadan

Ameerah Batu Sapi edar bubur dan kurma akhir Ramadan

 

Sandakan : Sabtu lalu telah berlangsung program edaran bubur dan kurma oleh Ameerah Batu Sapi sempena meraikan sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan.

Program yang diketuai oleh Shima Hussin, Ketua Unit IT dan Media Baharu, Ameerah Batu Sapi itu bermula selepas asar sekitar jam 4.30 petang.


Edaran sebanyak 150 buah set bubur dan kurma yang dilakukan di Bazar Ramadan Taman Mawar dan sekitarnya itu mendapat sambutan yang baik daripada penduduk.

Kemeriahan bazar Ramadan di situ turut  menyerikan lagi aktiviti kebajikan ini.



Selain itu, Ameerah turut mengedarkan risalah berkaitan Lailatul Qadar dan Sunnah amalan Rasulullah ketika mengimarahkan 10 malam terakhir bulan ramadan sebagai bahan bacaan umum.