Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sabah Program Singgah Sahur,kongsi rezeki akhir Ramadan

Program Singgah Sahur,kongsi rezeki akhir Ramadan


Sandakan. Hujung minggu lalu, PAS Batu Sapi melaksanakan Program Singgah Sahur melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Kawasan Batu Sapi (LKK DMPKBS) menyantuni pelawat dan Staf Kesihatan di Hospital Duchess Of Kent.


 


Program yang bermula jam 1.00 pagi itu di ketuai oleh Syafa Azreen selaku pengarah program ini. Edaran menu sahur ini di laksanakan bagi meraihkan pelawat dan staff kesihatan yang tidak berkesempatan menyediakan makanan bersahur.

Ramai keluarga pesakit berasa gembira dan berterima kasih kepada para AJK kerana prihatin dengan kesukaran mereka ketika menjaga keluarga yang sakit dalam masa yang sama ingin menunaikan ibadah berpuasa terutamanya bersahur.

Staff kesihatan yang bertugas turut senyum ceria menyambut kedatangan AJK yang mengedarkan makanan bersahur tanda syukur kerana dapat menjimatkan masa untuk mencari makanan bersahur dan dapat menjimatkan



Sebanyak lebih seratus bungkus makanan habis di edarkan dalam tempoh  masa kurang sejam. Program ini turut dibantu oleh ahli Jabatan Amal Zon Sandakan, Ameerah Batu Sapi dan Briget Muslimat Negeri.