Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sarawak Ramadhan di Rai Syawal di Nanti

Ramadhan di Rai Syawal di Nanti

19 Jun 2017, Mukah: Dewan muslimat PAS Mukah menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan yang mulia ini kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan. Sebanyak 5 keluarga yang telah dapat dikenalpasti yang merupakan tergolong dalam golongan asnaf yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim di kampung Sungai Alo.

Sumbangan berupa sekampit beras dan sedikit wang tunai telahpun disampaikan kepada mereka. Untuk pengetahuan hasil sumbangan adalah dari lajnah kebajikan dan kemasyarakatan (LKK) dewan muslimat PAS negeri Sarawak (DMPNS) dan juga sumbangan dari orang ramai. Sumbangan disampaikan oleh wakil muslimat PAS Mukah Puan Mazalina Bt Jali selaku ketua muslimat PAS Mukah.

Jelas terpapar kegembiraan dan rasa syukur di wajah mereka yang menerima kunjungan dan sedikit sumbangan ini.

Muslimat PAS Mukah mengucapkan syukur Alhamdulillah diatas kelancaran dan kerjasama yang diberikan oleh pihak yang terlibat. Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat mereka.

#MuslimatPasKawasanMukah
#RamadhanSamaDirai
#PasUntukSemua