Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sarawak DMPK Sibu Santuni Golongan Asnaf di akhir Ramadhan

DMPK Sibu Santuni Golongan Asnaf di akhir Ramadhan

24 Jun 2017, Sibu : Alhamdulillah, di penghujung Ramadhan ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Sibu (DMPKS) masih bersemangat merebut peluang di bulan mulia yang penuh keberkatan ini meneruskan kerja-kerja kebajikan sebelum masing-masing pulang ke kampung untuk menyambut Syawal bersama keluarga.

Semalam, 23 Jun 2017, DMPKS telahpun selesai mengedarkan "Kit Ramadhan" kepada penduduk di Kampung Teku dan Kampung Hilir. Sebanyak 16 Kit Ramadhan telah diedarkan.

Edaran Kit Ramadhan tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Muslimat DMPKS, Saudari Dayangku Huda bersama AJK DMPKS. Menurut Ketua Muslimat DMPKS, katanya "Secara kesimpulannya, kesemua kit yang telah diedarkan seluruh Sibu sebanyak 56 Kit Ramadhan merangkumi Kg Sentosa Salim, Kg Jeriah, Kg Bwg Assan, Kg Teku dan Kg Hilir dengan kerjasama Pas Kawasan Sibu."

Ketua Muslimat DMPKS juga mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang dermawan yang telah menjayakan misi Edaran Kit Ramadhan ini. Beliau juga mendoakan semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.