Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sarawak LPN DMPN Sarawak Santuni Petugas Hospital Umum Bintulu

LPN DMPN Sarawak Santuni Petugas Hospital Umum Bintulu

24 June 2017, Bintulu : Di penghujung Ramadhan ini, Hospital Umum Bintulu telah menerima kunjungan mahabbah daripada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (DMKB) semalam, 23 Jun 2017. 

Kunjungan Mahabbah tersebut juga bertujuan bagi menyampaikan sumbangan Hamper Raya di beberapa wad di Hospital tersebut, bagi meraikan para kakitangan Hospital yang bertugas semasa musim perayaan ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Rohaya selaku Ketua LPN DMPNS. 

Alhamdulillah, kunjungan ini mendapat sambutan dan penerimaan yang amat baik dari pihak Hospital. Mereka juga meluahkan rasa terharu dan amat menghargai pemberian dari PAS. 

Puan Rohaya juga mengambil kesempatan itu menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada petugas-petugas di Hospital. Antara ucapan beliau ialah, "Terima kasih atas khidmat dan jasa dalam menjalankan tugas terutamanya di musim perayaan ini. Semoga perayaan ini juga dapat mengukuhkan perpaduan yang merentasi kaum dan agama dalam semangat saling bermaafan dan bertoleransi untuk keharmonian dan kemakmuran Negara."