Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sarawak Gelombang AKIFI Medium Munajat Muslimat Bintulu

Gelombang AKIFI Medium Munajat Muslimat Bintulu

5 Ogos 2017, Bintulu telah melaksanakan Program Gelombang AKIFI (A'lim Haraki Sufi) di mana ianya merupakan satu program berkala di bawah Dewan Muslimat Pas Malaysia yang dipertanggungjawabkan kepada Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Malaysia di seluruh negara untuk melaksanakan zikir munajat khas bagi menjadi amalan penguat jentera Muslimat PAS. Tujuan program Gelombang AKIFI diadakan adalah untuk meningkatkan pergantungan dan pengharapan kepada Allah dalam memastikan kemenangan Islam melalui wadah PAS yg diperjuangkan

Gelombang AKIFI diperingkat Bintulu kali ini telah melibatkan pimpinan Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr. Najihatussolehah (wakil calon PRK Kuala Kangsar) , Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ketua Muslimat Sarawak dan muslimat PAS sekitar Bintulu, Miri, Sebauh dan sekitarnya.

 

 

Gelombang AKIFI kali ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada muslimat PAS. Sekitar 50 orang muslimat telah hadir bersama-sama untuk duduk bermunajat memohon bantuan Allah.

Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat sunat Hajat, doa dan dzikir, solat isyak, sesi taujihat daripada pimpinan dan diakhiri dengan doa wehdah juga doa rabitah.

Gelombang AKIFI juga adalah wacana praktikal 'M' yang disebut pada program KOMPAS yang lepas. 4M yang diperlukan pada sebuah Parti yang bertunjangkan akidah Islam ialah 'Man, Machine, Money, Munajat'.

Semoga dengan permulaan Gelombang AKIFI ini dapat menjadi pencetus untuk ahli PAS meningkatkan tarbiah secara keseluruhannya.