Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Muslimat PAS Sarawak Tautan Muhibbah Bumi Kenyalang

Tautan Muhibbah Bumi Kenyalang

Bintulu, 6 Ogos 2017 Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Negeri Sarawak (LPN DMPNS) telah menjalankan program Tautan Muhibbah Bumi Kenyalang dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Malaysia dan PAS Kawasan Bintulu.

Program selama 2 hari ini dilaksanakan bertujuan untuk menyantuni serta menerangkan berkenaan PAS kepada masyarakat pelbagai kaum di sarawak terutamanya 'non muslim' bahawa PAS bukan sahaja parti politik untuk orang Islam. PAS merupakan parti yang terbuka untuk semua kaum dan bagi warga 'non-muslim' mereka diraikan di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). DHPP kini telah diterima oleh masyarakat di kalangan kaum Cina, India, Iban dan kaum-kaum lain.

 

 

Turut serta dalam program ini Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussalehah binti Ahmad. Dengan kelebihan beliau fasih bertutur mandarin dapat menerangkan kepada masyarakat cina yang berada di sekitar Pasar Bintulu berkenaan PAS dan juga DHPP

Dalam sesi ziarah rumah panjang iban di Tatau pula, ia mendapat sambutan yang baik dari masyarakat iban. Beberapa keluhan masyarakat iban di sana iaitu masalah bekalan air ke rumah panjang. Saudara Achau mewakili masyarakat iban dan juga merangkap timbalan ketua DHPP Sarawak mengharapkan isu air ini dapat disuarakan ke parlimen. Selain itu, beliau juga berharap penempatan baru untuk penghuni rumah panjang beliau dapat disegerakan kerana kediaman mereka yang sedia ada akan dirobohkan untuk projek jalan Pan Borneo. Achau telah menyerahkan kerangka rumah panjang baru beliau yang mana mereka setuju menyediakan satu bilik khas untuk gerak kerja PAS di Kakus terutamanya.

Dr Najihatussalehah menyatakan bahawa PAS bukan sahaja parti yang hanya istimewa untuk orang Islam tetapi PAS adalah parti yang perjuangkan keadilan untuk semua masyarakat dan kaum serta agama dan mentadbir negara dengan cara Islam. Secara jelasnya, Islam tidak memaksa kaum lain memeluk Islam.

Dalam ucapan Sdr Zharudin Narudin berkata, " DHPP memainkan peranan yang penting dalam membina perpaduan antara kita semua. Kita mahu suara Sarawak muncul di Parlimen yang dapat membela hak- hak dan masalah rakyat Sarawak". Dalam sesi ziarah rumah panjang ini, Zharudin menerima borang keahlian baru DHPP yang diserahkan oleh Sdr Achau.

Pada hari kedua, diteruskan dengan Karnival Rakyat yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memanah, memancing, memasak, gubahan, sukaneka dan pemeriksaan kesihatan. Sambutan yang diterima sangat baik daripada masyarakat kampung. Sumbangan kebajikan daripada pihak PAS disampaikan kepada 20 penerima.

Setelah 2 hari program ini dijalankan, nyata ianya dapat membantu PAS memberikan penerangan yang jelas berkenaan perjuangan PAS kepada masyarakat pelbagai kaum di sarawak.