Sel07252017

Last updateIsn, 24 Jul 2017 11pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Johor KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS GELANG PATAH

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS GELANG PATAH



Bismillahirrahmanirrahim

Selepas solat Jumaat di Masjid Gelang Patah, Dewan Pemuda PAS Gelang Patah dikejutkan dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengadakan demonstrasi dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS.

Demonstrasi yang kononnya mendakwa PAS membenci kepada pimpinan parti lain adalah satu fitnah jahat dan sangat tidak bermoral.

Kenyataan yang berbaur hasutan dan perkauman merupakan suatu perkara yang amat menjijikkan yang dibuat pihak tersebut.

Dengan ini, kami Dewan Pemuda PAS Gelang Patah menafikan sekeras-kerasnya demonstrasi berkenaan di bawah anjuran kami.

Bukan cara kami berpolitik secara murahan sebegitu. Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa oleh PAS adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang melanda negara kita pada masa kini.

Kami DPPGP amat yakin isu-isu perbezaan ideologi dan pendekatan yang melibatkan pimpinan tertinggi mampu di tangani secara berhikmah oleh pimpinan PAS Pusat.

Pada masa ini, kita di Johor dikejutkan oleh isu rasuah yang amat kritikal yang mana ia melibatkan seorang Exco daripada pimpinan Barisan Nasional. Isu besar seperti inilah yang menjadi fokus utama terutama rakyat Johor yang sekarang di himpit masalah sara hidup tidak kira di dalam ataupun luar bandar.

Justeru, kami menyeru pihak tersebut berhenti bermain politik murahan, politik fitnah dan berselindung di sebalik nama pihak lain semata-mata ingin menutup isu sebenar yang melanda Johor.

Justeru, kami PAS kawasan Gelang Patah akan membuat laporan polis terhadap penganjuran tersebut agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Sekali lagi kami berpesan kepada pihak berkenaan agar berhenti permainan politik murahan dan kami amat berbesar hati dan bersedia untuk mengadakan pertemuan secara tertutup sekiranya pihak penganjur tersebut mempunyai jiwa yang besar.

Muhammad Fadhil
Ketua Pemuda PAS Gelang Patah
Jumaat, 10 Mac 2017