Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Kedah STADIUM BAHARU:UTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT

STADIUM BAHARU:UTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
26 Februari 2017 | 29 Jamadil Awwal 1438

"STADIUM BAHARU: UTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT"

1. Cadangan meroboh Stadium Darul Aman yang mempunyai banyak nostalgia kepada peminat sukan di Kedah merupakan kegemparan kepada negeri ini. Banyak keraguan timbul sejauh mana ia menjadi perancangan negeri.

2. Tetapi tidak pelik jika kita mengenali tabiat perancang Kerajaan BN yang sejak dahulu sentiasa melaksanakan pembangunan populis dan 'extravaganza', bukan untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat terutamanya hampir dengan pilihanraya.

3. Lihat Jambatan Pulau Bunting Yan, Stadium Akuatik Gunung Keriang, Marina Kuala Kedah, Kampung Tradisi Paya Pahlawan, projek tanam padi atas bumbung, kawasan komersil di Stargate dan banyak projek lain yang sakit, semuanya terbiar berhantu.

4. Bahkan seringkali juga ia dijadikan kesempatan dan projek poket pihak kroni mereka mengaut laba bagi kepentingan diri. Malah, tidak mustahil ia bermotif umpan pilihan raya yang bakal berlaku tidak lama lagi.

5. BN terus dengan usaha 'menggula-gulakan' rakyat, sedangkan banyak janji terdahulu tidak tertunai sedikitpun. Contohnya litar lumba motosikal yang telah diulang-ulang sebut dan termasuk dalam manifesto mereka PRU13 yang lalu.

6. Dalam mengurus kewangan, Islam mengajar dan mendidik kita agar berbelanja ikut keutamaan (al-aulawiyyat), iaitu antara perkara yang menjadi dhururiyyat; keperluan mendesak atau hanya berbentuk kehendak (al-hajiyat) atau memenuhi keselesaan (al-tahsiniyat).

7. Sejauh mana kajian dan penelitian telah dibuat? Apakah ia tidak akan memberi implikasi bebanan kewangan? Lagipun, ia bukan keperluan mendesak berbanding keutamaan lain yang lebih banyak.

8. Naik taraf adalah pilihan yang lebih baik dan pasti menjimatkan. Lagipun, Kedah belum bersungguh-sungguh membangunkan aspek manusia dalam sukan, tiba-tiba mahu bina prasarana melebihi keperluan. Lebih baik diperbanyakkan prasarana dan aktiviti sukan di peringkat daerah atau komuniti dahulu.

9. Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah jangan mengulangi kegopohan dan kesilapan lalu, termasuk beberapa keputusan mutakhir ini untuk menukar ambil beberapa aset penting negeri yang akhirnya terpaksa 'U-Turn'.


USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah