Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Kedah NSP Mesti Padam Segera Sentimen Kebencian Sebelum Marak

NSP Mesti Padam Segera Sentimen Kebencian Sebelum Marak

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
11 April 2017 | 14 Rejab 1438

*“NSP Mesti Padam Segera Sentimen Kebencian Sebelum Marak”*

1. Nanyang Siang Pau (NSP) telah bertindak mengulangi skrip sama yang menjadikan gugatan ke atas ketenteraman awam dan keharmonian kaum sebagai mangsa dalam permainan politik pihak tertentu.

2. Tindakan NSP boleh dilihat sebagai mewakili pihak tertentu yang terdesak untuk membesarkan lagi bantahan mereka terhadap usaha dan agenda Islam menerusi penggubalan dan pindaan undang-undang di Parlimen.

3. Mengapa prosedur dan tatacara yang telah dilakukan secara sah itu mesti dipertajamkan dengan sentimen seperti ini? Jangan dijadikan permohonan maaf sebagai alasan lunak, tetapi ketika sama kamu seolah-olah mempamirkan pisau di tangan.

4. Ia sama sahaja seperti menghunus senjata untuk bersengketa secara pengecut di mana perbuatan itu hanya dilakukan pelampau yang senyum di depan tetapi menikam di belakang dan ini tentunya sangat merbahaya.

5. NSP ternyata telah menjadi wadah kepada pihak penghalang yang cuba membuat sekatan dan penentangan lanjutan kepada RUU355. Ia akhirnya mengesahkan kewujudan pihak penghalang yang pernah disebut Presiden PAS.

6. Tetapi mengapa perlu dengan membakar sensitiviti agama dan bernada rasis? Apakah kita lupa ia adalah api yang paling mudah dimarakkan? Malah, kebiadaban dan persendaan karikatur itu setidak-tidaknya telah menyinggung banyak pihak.

7. Tidak ada mana-mana pihak boleh menerima penghinaan dan provokasi yang kita khuatir akan menyebabkan pihak tertentu menangguk di air keruh. Ingat kembali beberapa insiden yang pernah berlaku dahulu.

8. Kita tidak mahu ia berulang dan kami menggesa semua pihak menghentikan ulangan perbuatan seperti ini. Kami juga mahu pihak KDN mengkaji semula permit penerbitan akhbar kepada NSP jika penerbitan karikatur tersebut melanggar syarat dan menyeru semua pihak menjunjung etika media yang dihormati.

“Jihad Menuju Kemenangan"
"Inilah Penyelesaian Kita"

USTAZ SALIM MAHMOOD
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

{jathumnail on}