Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Kedah Himpunan Gelombang Hijau Kedah Daulatkan Islam pada Bulan September

Himpunan Gelombang Hijau Kedah Daulatkan Islam pada Bulan September

*

KENYATAAN MEDIA**DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

18 Julai 2017 | 24 Syawal 1438
PRU -14 : Himpunan Gelombang Hijau Kedah Daulatkan Islam pada Bulan September


1. Bagi menghadapi Pilihanraya ke-14 akan datang yang semakin hampir, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan menganjurkan *Himpunan Gelombang Hijau Kedah Daulatkan Islam* pada 9 September 2017 di Kompleks PAS Kedah yang akan berlangsung pada sebelah malam. 


2. Himpunan tersebut akan menampilkan pimpinan-pimpinan utama parti peringkat negeri dan pusat dan juga tokoh-tokoh ulamak negeri Kedah. 


3. Himpunan itu akan bermula pada waktu tengahari dengan acara Liga Sepak Penalti Piala Ketua Pemuda, diikuti dengan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kedah pada sebelah petang. 


4. Acara munajat perdana PRU14 akan diadakan selepas solat mahgrib dan acara kemuncak selepas itu  ialah himpunan gelombang hijau yang akan diisi dengan ceramah para pimpinan utama parti. 


5. Himpunan tersebut membawa mesej besar kepada rakyat Kedah khususnya bahawa segala kemelut dan permasalahan rakyat seperti tekanan kos sara hidup , pengangguran, peningkatan gejala sosial, kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan pengabaian hak-hak rakyat tidak akan dapat diselesaikan sehinggalah mereka kembali mendaulatkan Islam dalam diri, keluarga , masyarakat dan negara. 


6. Justeru itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengajak semua ahli PAS Kedah untuk hadir beramai-ramai dalam menyatakan sokongan kita sebagai rakyat yang inginkan perubahan dalam pentadbiran negara kita khususnya di Kedah dengan menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian, 


" Jihad menuju kemenangan "


-ABDUL HADI OMAR-

 Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah