Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Perak Pemuda PAS Tambun Ucap Tahniah Buat TBG dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian

Pemuda PAS Tambun Ucap Tahniah Buat TBG dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian

Pemuda PAS Tambun Ucap Tahniah Buat TBG dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian


Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun (DPPK Tambun) merakamkan ucapan setinggi TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Perak (dikenali juga TBG - The Boss Gaurus) di atas kemenangan perlawanan pertama saingan Piala Malaysia mengalahkan PKNS FC di laman sendiri. Sabtu lepas juga TBG mencapai kemenangan 3-2 ke atas Kedah dalam saingan Liga Super di tempat lawan.

Syabas dan tahniah juga atas perlantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian selaku Setiausaha Kehormat PAFA dan juga merangkap Pengurus Perak TBG yang baru.

Anak jati Ipoh ini merupakan lagenda bola sepak yang banyak membantu skuad The Boss Gaurus ketika menggalas tugas kapten pasukan malah cemerlang sebagai pemain kebangsaan. Pemilihan beliau sebagai pengurus amat bertepatan dan diharapkan momentum kemenangan akan berterusan dan seterusnya dapat membawa sinar kejayaan buat Perak bagi merangkul trofi Piala Malaysia dan berkedudukan kelompok teratas Liga Super 2017.

DPPK Tambun terus komited menyokong segala usaha untuk TBG kembali menjadi pasukan disegani kawan, digeruni lawan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan buat kita.

"Kejor Yob Kejor"
"Mara Menuju Cita"

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda PAS Tambun
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak
12 Syawal 1438H bersamaan  6 Julai 2017M