Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Perak Teruskan Sokongan Kepada The Bos Gaurus

Teruskan Sokongan Kepada The Bos Gaurus

Teruskan Sokongan Kepada The Bos Gaurus


IPOH : Pertemuan bersama Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian dengan Pemuda PAS Perak yang berlangsung selama satu jam di Pejabat PAFA memberikan peluang untuk PAS menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau dalam membawa satu perubahan terbaik kepada peminat bola sepak.

Demikian menurut Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin bahkan beliau menyatakan bahawa keberadaan Ahmad Shahrul Azhar Sofian tepat pada masa dan keadaan demi melihat kebangkitan pasukan bola sepak Perak.

Akmal menyeru kepada semua peminat bola sepak untuk terus memberikan sokongan serta kepercayaan bagi PAFA membawa transfomasi dalam masa sama mampu mengembalikan kegemilangan kejayaan bola sepak negeri Perak seperti satu ketika dahulu.

"Setiap kelemahan pastinya ada namun kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak akan menjadi satu kekuatan bagi PAFA memperbaiki untuk membuktikan pasukan bola sepak Perak berkebolehan berada setanding dengan pasukan bola sepak bertaraf antarabangsa.

"Kesungguhan Ahmad Shahrul untuk menaikkan tahap kualiti pemain pasukan bola sepak Perak harus diberikan sokongan moral antaranya seperti kehadiran penyokong memenuhi stadium dalam setiap perlawanan yang diadakan.

"Harapan Pemuda PAS Perak agar pasukan bola sepak Perak dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala kejuaraan sebagai hadiah berharga buat penyokong dan peminat The Bos Gaurus sesi ini," ujarnya.

Ahmad Shahrul mengucapkan terima kasih atas kunjungan Pemuda PAS Perak dan beliau turut menyatakan itulah kunjungan pertama dari kalangan anak muda selepas perlantikan beliau sebagai jurulatih pasukan bola sepak Perak.