Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Perak Pemuda PAS Perak Bertemu Bintang Bolasepak PKNP FC

Pemuda PAS Perak Bertemu Bintang Bolasepak PKNP FC

 

 

PEMUDA PAS ZIARAH BINTANG BOLASEPAK PKNP FC PATAH BAHU


Pemuda PAS Perak semalam meluangkan masa meziarah sambil sembang-sembang di Kampung Jelai, Batu Kurau dengan bintang bolasepak PKNP FC, Hafiz Ramdan (Kancil) dan jurulatih Abu Bakar Fadzim (Burn).

Hafiz Ramdan baru-baru ini mengalami patah tulang bahu ketika aksi perlawanan Liga Premier 2017 menentang Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Insiden yang berlaku pada awal babak pertama menyaksikan Hafiz bertembung dengan salah seorang pemain Kuala Lumpur yang mengakibatkan beliau terus dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hafiz telah menjalani pembedahan bagi memasukkan besi untuk membetulkan semula tulang bahu yang telah patah.

Hafiz yang dipinjamkan dari pasukan Perak kini merupakan antara watak penting buat PKNP FC dengan keupayaan menghasilkan gol dan bantuan jaringan buat pasukan dan juga sedang berada di prestasi yang baik.

Pemuda PAS sentiasa mendoakan agar Hafiz cepat sembuh supaya dapat beraksi dalam kempen Piala Malaysia nanti.