Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Sabah Gathering ARC Keningau 2017 Kali Pertama Mendapat Sambutan Luar Biasa

Gathering ARC Keningau 2017 Kali Pertama Mendapat Sambutan Luar Biasa

KENINGAU: Gathering ARC Keningau yang diadakan buat kali pertama pada 13 April 2017 yang lalu mendapat sambutan yang luar biasa dalam usaha untuk mengumpulkan dana Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi, Keningau. Program yang dianjurkan buat pertama kali itu juga telah mengumpulkan lebih 300 peserta daripada 14 kelab bermotorsikal seluruh Sabah.

Program ini dimulakan dengan acara konvoi bermotor ke Pekan Keningau telah dirasmikan pelepasannya oleh Ust Zulzaim Helmi Penasihat ARC Sabah merangkap Ketua Pemuda Pas Sabah. Selain itu, setelah tamat acara konvoi kesemua peserta berkumpul untuk menyertai acara sukaneka bermotor antaranya ialah menolak motor paling laju, dan menunggang motorsikal paling perlahan.

Menurut Penasihat ARC Sabah Ustaz Zulzaim Helmi, dalam ucapan perasmiannya program ini diadakan bukan hanya bertujuan untuk bersuka-suka tetapi juga untuk beramal, bertukar-tukar fikiran, mendapatkan info-info berguna dan mengeratkan silaturrahim. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Kelab ARC Keningau dengan kerjasama LCKS yang telah bertungkus lumus menganjurkan aktiviti yang berfaedah ini.

Gahtering ARC Keningau ini telah bermula seawal jam 8 pagi turut menampilkan gitaris terkenal kumpulan XPDC iaitu Saudara Zuar yang telah menyampaikan beberapa buah lagu serta menjadi penalis dalam Forum Bersama Zuar dan Ustaz LCKS. Acara lain yang turut diadakan ialah Kempen Derma Darah dan Ceramah Keselamatan bersama JPJ Sabah Gerai jualan juga turut dibuka dengan penyertaan lebih daripada 20 gerai.

Sementara itu, Pengarah Gathering ARC Keningau berkata, mewakili seluruh jentera petugas, ahli ARC Keningau dan juga ahli jawatankuasa kerja mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

'Inilah penyelesaian kita'
'Sabah Sejahtera'