Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Sarawak Jabatan Amal Sarawak Jalin Hubungan Bersama NGO Islam Miri

Jabatan Amal Sarawak Jalin Hubungan Bersama NGO Islam Miri

Miri, 18 Jun 2017 bersamaan 23 Ramadhan 1438 menjadi tarikh penting bagi mencatat sekali lagi penamda aras hubungan erat antara Jabatan Amal Sarawak bersama NGO Islam BERSATU 656 dan Srikandi dalam penganjuran program edaran bubur lambuk dan sumbangan kebajikan.

Jabatan Amal komited dalam proram kebajikan dan prihatin rakyat khusus menjelang Ramadhan Al Mubarak. Program sebegini membuka ruang bersama NGO Islam Miri dalam meringkankan beban masyarakat islam menjelang aidil fitri.

Program turut di isi dengan tazkirah ramadhan, masak dan edar bubur lambuk serta edaran kit ramadhan dari rumah ke rumah. Sebanyak hampir 1000 pack bubur telah diedarkan sekitar Kg Tudan dan Senadin. Edaran bubur lambuk turut mendapat sambutan bagi masyarakat islam dan juga bukan Islam. Ini menjadikan program ini berjaya menyampaikan mesej dakwah kepada non muslim.

Program berakhir dengan majlis sungkei (berbuka puasa) bersama ahli kariah Surau dan masyarakat setempat.

Jabatan Amal Kawasan Miri