Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Sarawak Ramadhan Bulan Dakwah Dan Kebajikan

Ramadhan Bulan Dakwah Dan Kebajikan

Ramadhan 1438H hampir melabuhkan tirainya. Alhamdulillah seperti kebiasaan, PAS Kawasan Miri menjadikan semangat Ramadhan untuk menggandakan semangat jihad dalam jalan dakwah dengan memperbanyakkan program Kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah pada tahun ini PAS Kawasan Miri telah berjaya menyediakan sebanyak 450 kit sumbangan Ramadhan hasil daripada sumbangan seluruh rakyat Malaysia. Sumbangan yang disalurkan melalui PAS Kawasan Miri ini merupakan natijah keyakinan mereka bahawa sumbangan yang mereka salurkan akan disampaikan langsung kepada penerima seperti mana yang telah dibuktikan semenjak beberapa tahun lepas.

Program kami bermula seawal 1 Ramadhan dan tanpa henti pada setiap hujung minggu di dalam bulan Ramadhan. Para petugas PAS Kawasan Miri juga telah menginfaqkan masa serta tenaga pada mereka pada setiap hujung minggu demi menjayakan misi dakwah serta Kebajikan ini.

Pada setiap siri sumbangan, mesej yang disampaikan oleh para pimpinan PAS Kawasan Miri yang hadir cukup jelas: Ramadhan sebagai bulan Taqwa, Ramadhan bulan bonus kepada umat Nabi Muhammad, Ramadhan bulan Al-Quran, Al-Quran petunjuk jalan kepada hamba Allah daripada kegelapan kepada cahaya, Al-Quran mukjita Allah yang akan menyelamatkan manusia sepeti mana mukjizat-mukjihat Nabi Allah yang lain, dan banyak lagi. Yang nyata, perkara berhubung politik kepartian hanya disentuh sedikit sahaja itu pun bagi menjelaskan dasar serta halatuju PAS.

Alhamdulillah Allah telah berikan kekuatan kepada kami. Tahniah kepada para penyumbang. Tahniah kepada amilin PAS Kawasan Miri dan Sibuti yang bertungkus-lumus menjayakan misi dakwah dan kebajikan ini. Semoga Allah panjangkan usia kita hingga ke Ramadhan akan datang untuk lipat gandakan amalan lebih daripada tahun yang lalu.

#IslamAdalahPenyelesaian
#MaraMenujuCita
#UntukmuSarawak
#SarawakkuSejahtera
#RamadhanBulanRahmat

Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda PAS Sarawak
Timbalan YDP PAS Kawasan Miri
Penyelaras PAS DUN Lambir