Sab02252017

Last updateJum, 24 Feb 2017 8pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Selangor Young Potential Talent : Asah Pengaruh Pemuda

Young Potential Talent : Asah Pengaruh Pemuda

 

BANGI - Program "Young Potential Talent" anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang telah diadakan untuk sekian kalinya pada 4 Februari lalu di Dewan Akademi As-Syakirin, Bandar Sri Putra (BSP).

Matlamat utama bagi sesi kali ini adalah untuk melahirkan pemuda yang berpengaruh dan mendedahkan cara pengurusan masyarakat secara umum.

Selain itu, ia juga melatih para pemuda kemahiran bercakap dihadapan khalayak ramai supaya menjadi nilai tambah untuk pembangunan pemimpin masa depan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Serdang, Saudara Rosli Jusoh.

Menurut beliau, PAS ingin melahirkan pelapis pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi disamping mampu menguasai kemahiran tertentu untuk memartabatkan Islam pada masa akan datang.

" PAS ingin melahirkan lebih ramai pelapis dari kalangan pemuda yang mempunyai bakat kepimpinan".

"Perjuangan memartabatkan Islam perlukan para pemuda yang menguasai kemahiran tertentu disamping tarbiah yang tersusun".