Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Selangor Jus Mangga Percuma Tarikan Baru Di Bazar Ramadhan

Jus Mangga Percuma Tarikan Baru Di Bazar Ramadhan

18 Jun 2017, Balakong - Kebiasaan masyarakat Islam melihat pelbagai agensi NGO dan parti politik berlumba-lumba membuat kebajikan dengan edaran Kurma dan Bubur Lambuk, namun kali ini berbeza pula yang dilakukan oleh Pemuda PAS Serdang.

Lebih 500 botol jus mangga Mangolee percuma beserta risalah penerangan PAS mengenai RUU355 dan Dokumen Hijau telah diedar kepada pengunjung Bazar Ramadhan petang tadi di Bandar Tun Hussein Onn.

Program Edaran ini diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Serdang, Sdr Syahir Sulaiman bersama 20 pemuda dari Unit Kerja Jemaah Pemuda PAS DUN Balakong. Program kali ini turut disertai Sdr Shahmior, Ahli Majlis MPKJ.

Selain edaran air Jus Mangga dan risalah Penerangan, jawatankuasa UKJ Balakong juga ada membuka kaunter SPR, dan seperti mana sambutan hangat Jus Mangga kauter SPR juga mendapat sambutan ramai terutamanya pengundi baru.

Menurut Syahir "sambutan hangat diterima di kalangan pengunjung dan peniaga bazar menunjukkan kesediaan mereka untuk menyokong usaha pembentukan negara melalui budaya Politik Matang dan Sejahtera".

Masyarakat mula sedar hanya parti yang mempunyai dasar yang jelas mampu mengubah negara ke arah lebih baik. "Malah pengunjung berbangsa Cina dan India turut teruja menerima buah tangan daripada Pemuda PAS" tambah beliau.

Dun Balakong mempunyai keunikan tersendiri kerana peratus pengundi dikalangan anak muda meningkat naik terutama dikalangan pengundi Melayu dan ia membawa nilai tambah jika PAS bertanding diperingkat Parlimen Serdang.