Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Selangor DPPNS | Dari Mata Pedang Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Hulu Selangor

DPPNS | Dari Mata Pedang Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Hulu Selangor


DARI MATA PEDANG PENGARAH PILIHANRAYA PEMUDA PAS HULU SELANGOR

Alhamdulillah... sebesar-besar syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kita mencapai minimum 100 orang 'amilin pemuda PAS untuk Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Tugasan yang diletakkan dibahu setiap daripada kita amatlah berat dan cita-cita yang kita impikan sangatlah tinggi iaitu mahu memuliakan kalimah Allah swt di muka bumi ini khususnya dalam konteks siyasah di Negara Malaysia, Negeri Selangor dan di dalam Parlimen Hulu Selangor.

Harus diingat, PRU14 ini akan kita hadapi bersendirian bahkan kita bakal berhadapan dengan kumpulan 'Ahzab' moden yang senantiasa memikirkan dan mencari apa jua jalan untuk mengalahkan perjuangan Islam yang kita dokong sepenuh nyawa ini.

Maka telah menjadi satu kewajipan bagi kita dengan apa jua cara yang menepati syariat untuk bukan sahaja mempertahankan tetapi perlu memenangkan setiap Dun dan Parlimen yang akan kita tandingi nanti.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata, jika tidak ianya akan menjadi retorik yang hanya sedap dimulut dan didengar di telinga.

Besar harapan daripada pimpinan PAS Kawasan Hulu Selangor dan pastinya kepada setiap jiwa ahli-ahli serta penyokong-penyokong PAS di kawasan kita untuk melihat satu gerakan anak-anak muda yang jitu lagi padu, yang senantiasa bersiap sedia menerima dan melaksanakan arahan, yang telah bersedia daripada setiap segi, mental dan fizikal bagi menghadapi 'peperangan PRU' yang akan tiba tidak lama lagi.

Ditangan kalianlah duhai anak-anak muda Islam, masa depan bagi kesucian Agama Islam yang kita hidup kerananya. Berikrar dan berjanjilah bahawa kita akan bertugas sebaik mungkin sehingga melebihi kemampuan diri dan akhirnya kita mempunyai jawapan tatkala disoal oleh Allah swt kelak didalam kubur bahawa kami telah berjuang sedaya upaya kami semasa hidup di dunia.

Siiru 'ala Barakatillah anak-anak muda!
Bersedialah untuk menerima arahan selanjutnya!

"Kami Dengar Dan Kami Patuh"
"Bersiaga Menuju Fathu"
"Sejahtera Bersama Islam"

Amri Abdullah Sani
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor
/ Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor