Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Khabar Pemuda Selangor

KHABAR PEMUDA SELANGOR

Tahniah !!!


1. Dua hari hujung minggu yang padat jadual bagi Pemuda Selangor. Dalam usaha melaksanakan amanah kepimpinan dan perjuangan menyusun aktiviti dakwah dan siyasah melangkaui sempadan kebiasaan.

2. Di bawah Jabatan Amal peringkat kawasan seluruh Selangor, masing-masing sibuk menganjurkan Perkemahan Tahunan Amal (PTA 2017). Elemen "survival" memenuhi aktiviti peserta PTA disamping persiapan dalam membawa kontijen masing-masing untuk hadir ke Perkemahan Tahunan Amal peringkat Negeri Selangor tidak lama lagi.

3. Selain Jabatan Amal, sahabat-sahabat ARC Negeri Selangor dengan "jentera"nya telah menjayakan Hari ARC SELANGOR (ARC Day) pada hari ini. Unit dan kawasan yang terlibat merangkumi Unit Bikers ARC Selangor bersama ARC Pahang, ARC Hulu Selangor, ARC Subang, ARC Gombak dan lain-lain yang menyusun aktiviti sempena program bulanan yang tetap ini.

4. Begitu juga penganjuran Alam Ria PASTI Selangor berjaya dilaksanakan dengan meriahnya pada hari ini di SRA Bukit Changgang Dengkil. Warna warni kegembiraan dan keriangan gelagat anak-anak PASTI mempersembahkan bakat mereka menarik perhatian ibu bapa dan pengunjung.

Anak-anak PASTI berusia 5 dan 6 tahun di pilih untuk dipertandingkan diperingkat PASTI masing-masing dalam 11 acara. Acara kalam jama'ie, nasyid, hafazan, sajak, bercerita di samping kategori murid lelaki dan perempuan. Ruang bersama ibubapa yang hadir diisi dengan majlis Perasmian Penutup oleh Timbalan Ketua Pemuda Malaysia Ir Hj Khairil Nizam menyempurnakan dengan jayanya Alam Ria pada tahun ini.

5. Tidak ketinggalan khabar ini juga mencoret usaha gigih sahabat-sahabat jentera pilihanraya pemuda yang tidak jemu turun ke lapangan. Dari satu rumah ke satu rumah, bertemu menyampaikan maklumat Parti disamping memberi info-info pilihanraya pada para pengundi di kalangan anak muda.

Usaha sahabat Pemuda Selangor yang sarat dengan kerja amal Islami mudahan diiringi dengan redha Allah. Kesibukan tanggungjawab ini sebenarnya harus di pikul bersama dengan mengembeleng idea, tenaga dan keringat. Bukan hanyut dengan bicara rasa syok sendiri yang tiada kesudahan. Masa untuk "BERKERJA".

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda Selangor
6 Ogos 2017