Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Selangor RUU164 | Pindaan Akta 164 yang diluluskan di Parlimen bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

RUU164 | Pindaan Akta 164 yang diluluskan di Parlimen bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Pindaan Akta 164 yang diluluskan di Parlimen bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

1. Secara mudahnya; cadangan asal pindaan ada 2 isu besar:  Seksyen 51(1) berkenaan permohonan cerai oleh mualaf boleh dibuat dimahkamah sivil & Seksyen 88A berkenaan agama kepada anak pasangan yang bercerai yg perlu ditentukan oleh kedua-dua pasangan di mahkamah sivil. Cadangan pindaan Seksyen 88A telah ditarik balik atas sebab bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa mahkamah sivil tak boleh mendengar perkara/kes yang berada di dalam bidangkuasa mahkamah syariah. Jadual 9 Senarai 2 (Senarai Negeri) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan undang-undang Islam berada dalam bidangkuasa Negeri/mahkamah syariah. Kedua-duanya mesti dibaca bersama.

3. Mengikut pindaan yang diluluskan; seorang mualaf boleh ke mahkamah sivil untuk proses perceraian. (Boleh di sini bermakna tak wajib=tak selesai isu juga). Isunya adalah apabila seseorang itu dah memeluk Islam, undang-undang keluarga Islam secara sendirinya (automatik) terpakai bagi dia ie perceraian, pembahagian harta sepencarian, pemberian nafkah, hadhanah(hak penjagaan anak) dll di mahkamah syariah. Hukum agama Islam berkenaan pasangan yg bukan Islam terpakai disini.

4. Mahkamah sivil tidak boleh mendengar kes berkenaan undang-undang keluarga Islam sebab bukan dalam bidangkuasanya. Masalahnya sekarang, orang bukan Islam tak boleh jadi pihak di dalam mahkamah syariah. Jadi, sepatutnya beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan lain-lain Akta perlu dipinda dulu sebelum Akta 164 ini dipinda.

5. Maka, pindaan Akta 164 yang diluluskan di Parlimen bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ianya boleh dicabar di mahkamah.

Ahmad Amzar bin Ahmad Azlan
AJK Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
(JUHAM) Malaysia 2017-2019.