Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Selangor KHABAR PEMUDA SELANGOR 2.0 | Penubuhan Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor

KHABAR PEMUDA SELANGOR 2.0 | Penubuhan Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor


KHABAR PEMUDA SELANGOR 2.0
Penubuhan Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor

1. Satu pertemuan penuh sejarah telah diadakan di antara Dewan Pemuda PAS Selangor bersama Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Selangor di Bukit Antarabangsa Ampang baru-baru ni. Pertemuan penuh mahabbah di antara kepimpinan Pemuda dua parti ini berjaya membina tautan ukhuwah yang mantap.

2. Pemuda PAS Selangor hadir bersama iaitu Ketua Pemuda Us Syarhan Humaizi, Timbalan Ketua Us Hanafi Zulkifli, Naib Ketua Us Mohd Labib dan kepimpinan harian Pemuda PAS Selangor yang lain. Pemuda IKATAN pula bersama kepimpinannya terdiri daripada Dato Azhar Hamzah selaku Pengerusi Tetap Dewan Pemuda IKATAN, Shahrul Noor Ahmad Ketua Pemuda IKATAN Selangor, Aifaa Zaffan Bagauddin Naib KP Selangor, Nik Makarimi Mohd Bakri Ketua Pemuda Serdang dan Sdr Ridwan Syah Edrus Ketua Pemuda W.P.KL.

3. Halatuju pertemuan tersebut adalah dalam usaha untuk menyahut seruan kepimpinan Pusat kedua-dua parti untuk memperkasakan Gagasan Sejahtera yang di meterai bersama. Gagasan Sejahtera yang telah digagaskan sebagai blok ketiga politik tanah air dalam menyayingi blok kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.

4. Keceriaan dalam perkongsian pengalaman dan maklumat sepanjang perbincangan yang diadakan menghasilkan beberapa keputusan yang penting bagi melancarkan perancangan yang dibuat. Antara keputusan penting yang dibuat adalah menubuhkan Majlis Tertinggi Pimpinan Pemuda Gagasan Sejahtera peringkat Selangor.

5. Dengan terbentuknya jawatankuasa ini dan perancangan yang telah disusun mudahan seiring dengan semangat jiwa pemuda memacu agenda Islam dan kebajikan rakyat bersama pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda PAS Selangor
18 Zulkaedah 1438H | 11 Ogos 2017