Isn04242017

Last updateIsn, 24 Apr 2017 10am

Back Utama Artikel Dewan Pemuda PAS Terengganu 130 remaja persiap diri sebelum ke menara gading

130 remaja persiap diri sebelum ke menara gading

Seramai 130 orang remaja menyertai satu program persiapan jati diri sebelum menempuh alam baharu kehidupan di menara gading.

Program yang dinamakan sebagai Lambaian Menara Gading (Lamega) itu bertujuan bagi menerapkan kekuatan sahsiah diri pelajar sebagai salah satu perisai bagi menghadapi masalah sosial yang semakin meruncing.

Menurut Pengarah Program Lamega, Ustaz Muhammad Zaharudin Sudin, 22, para peserta yang hadir ialah mereka yang terdiri daripada lepasan SPM, STPM dan STAM.

Tambah beliau lagi, program tahunan ini, mengumpulkan pelajar-pelajar dari seluruh negeri Terengganu melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Anak Negeri Terengganu.

“Tujuan Lamega ini adalah untuk membentuk jati diri dan menggerakkan mahasiswa agar membantu jemaah Islam ketika di universiti dan selepas itu di alam pekerjaan.

Selain daripada itu, mereka ini juga mahu dilatih oleh para pelatih dari universiti-universiti untuk menjadi anggota yang berkhidmat kepada agama dan masyarakat.

Bagi program yang lalu, ramai peserta Lamega ini telahpun mencapai sasaran dengan menjadi kumpulan yang membantu masyarakat,” kata beliau.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu di Kliu Agro Farm, Serdang, Dungun itu, dikenakan bayaran yang minima iaitu sebanyak RM50 sahaja.