Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel Dewan Ulamak PAS Johor Berita Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Johor 2017

Berita Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Johor 2017

1 April 2017,Simpang Renggam – Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Johor 2017 selesai pada hari semalam yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazri Bin Chik selaku Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dihadiri juga tetamu jemputan daripada wakil Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang menyerikan lagi majlis peramian muktamar pada kali ini.

Kehadiran perwakilan dan pemerhati amat memberangsangkan pada tahun ini yang dihadiri oleh 25 kawasan yang terdiri daripada Urusan Ulamak dan para ‘Alimat.

 

Dua pelancaran yang dilancarkan sebagai pemakluman umum kepada semua iaitu Pelancaran Dana PRU14 dan Jurnal Haraki. Jurnal Haraki adalah salah satu usaha Dewan Ulamak PAS Negeri Johor dalam mengumpulkan dan membukukan semua bahan dan kertas kerja pembentangan programprogram tarbiyah yang diadakan di Negeri Johor sebelum ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNYA.

 

Dalam mengenang jasa seorang ulamak yang banyak sumbangannya terhadap PAS khususnya Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, sukacitanya penghargaan Tokoh “Jasamu Dikenang” diberikan kepada Almarhum Ust Md Shah bin Lamat.

Anugerah ini disampaikan oleh Ust Nazri Chik selaku perasmi muktamar kepada anak almarhum sebagai wakilnya. Bagi sesi kepimpinan kali ini sesi 2017-2019, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor diketuai oleh Al Fadhil Ust Azlisham bin Azahar, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor , Al Fadhil Ust Khirul Muntanazar Ismail dan Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Al Fadhil Ust Razak Borhan.

Semoga tampuk kepimpinan yang baru ini dapat menerajui dan mentadbir Dewan Ulamak PAS Negeri Johor dengan sebaiknya.

“ Kalau anak murid sama hebat dengan guru, orang bisnes kata baru balik modal. Kalau anak murid lebih hebat daripada guru, orang bisnes kata baru ada untung.Saya berfikir, adakah saya makin untung ataupun rugi. Rupa-rupanya saya untung besar kerana anak murid saya jauh lebih hebat dari saya.” Ucapan penangguhan oleh mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor ,YB Ust Abdullah Husin.

Semoga semua ahli terus istiqamah dalam medan juang ini.Siiru ‘ala barakatillah.