Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 12pm

Back Utama Artikel Dewan Ulamak PAS Johor Retreat DUPNJ Memperkasa Gerak Kerja Menghadapi PRU ke 14

Retreat DUPNJ Memperkasa Gerak Kerja Menghadapi PRU ke 14

Muar, 10 MEI - Program Retreat Dewan Ulamak PAS Negeri Johor telah berlangsung di Parit Serong, Semerah. Sekitar 50 orang yang hadir bagi mewakili Urusan Ulamak Kawasan bagi setiap kawasan di negeri Johor. Antara yang hadir ialah Ustaz Azlisyam Bin Azahar, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.

Antara intipati retreat DUPNJ kali ini ialah persediaan DUPNJ sendiri bagi menghadapi PRU 14 yang bakal mendatang. Pengumuman bagi ahli jawatankuasa setiap lujnah DUPNJ, perancangan gerak kerja serta penambaikan tiap tiap lujnah antara agenda yang dibincangkan pada kali ini.

Para perwakilan Urusan Ulamak Kawasan masing masing dibekalkan dengan maklumat dan sasaran bagi pelaksanaan di kawasan masing masing.

DUPNJ juga mensasarkan penubuhan Dewan Ulamak bagi setiap kawasan di Johor. Ianya amat perlu bagi memudahkan penyampaian maklumat dan gerak kerja kepada setiap kawasan memandangkan PRU 14 semakin hampir.

Ust Azlisyam Bin Azahar, Ketua DUPNJ mengharapkan retreat kali ini berjaya mencapai objektif dan usaha ini seterusnya istiqamah dengan mengekalkan AJK dan menggerakkan lujnah lujnah yang ada."DUPNJ berharap kerjasama dan sokongan ini akan berterusan dan memastikan hubungan dengan badan perhubungan, sayap dewan sentiasa terjalin" katanya lagi.