Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel Dewan Ulamak PAS Selangor Tausiyah Ramadhan DUPNS 20 | Ramadhan Bulan Jihad & K

Tausiyah Ramadhan DUPNS 20 | Ramadhan Bulan Jihad & K


Tausiyah Ramadhan DUPNS 20

Ramadhan Bulan Jihad & Kemenangan

Maksudnya:
Saidina Qatadah RA berkata: "Allah Ta'ala telah mencipta untuk para Malaikat aqal tanpa syahwat dan telah mencipta untuk binatang syahwat tanpa aqal serta telah mencipta bagi manusia aqal dan syahwat. Maka sesiapa yang aqalnya mengusai syahwatnya maka dia bersama para malaikat. Dan sesiapa yang syahwatnya mengusai aqalnya maka dia bersama binatang. Dan sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada muslim akan ibadat yang mana akan menyucikan jiwanya, membersihkan hatinya dan meningkatkan ruhnya".

Maksudnya:
"Dan bulan Ramadhan adalah antara sebesar-besar perantara  iman yang akan meninggikan atau meningkatkan ruh, aqal dan hati seorang muslim sehingga tergolong dalam saf/kedudukan para malaikat. Dan dari sinilah bulan Ramadhan adalah bulan jihad dan kemenangan.

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang untuk melalui sebuah jihad/perjuangan yang panjang sama ada di siang hari dan malamnya.

Ramadhan juga mempersiapkan para hamba dan para pejuang sebagai orang-orang yang bakal mendapat pertolongan dan kemenangan. Ini kerana melalui ibadat-ibadat di bulan Ramadhan akan melahirkan para hamba dan para pejuang yang suci jiwanya, bersih hatinya dan tinggi keruhaniannya. Inilah yang dimiliki oleh para pejuang Islam terdahulu dikalangan para sahabat Rasulullah SAW. Marilah kita meningkatkan perjuangan pada 10 akhir Ramadhan semoga kemenangan menanti kita wahai para perjuang.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor