Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel Dewan Ulamak PAS Selangor Tausiyah Ramadhan DUPNS 21 | Sistem Kemasyarakan Dalam Islam

Tausiyah Ramadhan DUPNS 21 | Sistem Kemasyarakan Dalam Islam


Tausiyah Ramadhan DUPNS 21

Sistem Kemasyarakan Dalam Islam

Maksudnya:
" Dan setelah datang Islam lalu Islam meletakkan neraca pertimbangan yang baru (sebagai asas) untuk membina masyarakat iaitu asas akidah Islam. Maka yang dituntut daripada seorang muslim dalam hidupnya ialah menegakkan agama dan membangunkan dunia kerana Allah Ta'ala".

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang melaksanakan tuntutan akidah Islam dengan menunaikan segala tuntutan iman kepada Allah Ta'ala.

Maka sekiranya setiap fardu muslim menunaikan segala tuntutan Allah dan Rasul SAW maka akan terbina sebuah masyarakat Islam yang mana asasnya adalah akidah Islam.

Antara tuntutan asas dalam akidah Islam ialah wajib bagi seorang muslim berjuang menegakkan agama Islam dan membangunkan kehidupan dunia dengan Islam kerana Allah Ta'ala.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor