Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Back Utama Artikel Dewan Ulamak PAS Wilayah Sedikit Nasihat Buat Mufti Perlis Dari Rakyat Jelata

Sedikit Nasihat Buat Mufti Perlis Dari Rakyat Jelata

Mufti Perlis menulis seolah-olah tidak dapat menerima kebaikan yang diusahakan oleh orang lain.

Kita bukan bincang nak buat hukuman potong tangan, kita hanya berbincang utk memperkasakan hukuman yang termaktub di Mahkamah Syariah sahaja semoga undang-undang Islam dapat dilaksanakan dalam ruang lingkup kemampuan yang kita ada.

Yang dia duduk pusing sana pusing sini kenapa, sebab apa? Kalau dia tak belajar agama dan tidak tahu agama kita boleh abaikan tapi dia tahu agama dan belajar agama. Bekas pensyarah ilmu Islam lagi.

InshaAllah kita harap dia sedar bahawa usaha menyokong ru355 ini adalah kerana Allah dan bukan kerana habuan politik sempit. Kami berharap beliau dapat memikirkan semula pandangan-pandangan beliau yang mengelirukan umat Islam. Tidak salah kita kembali ke jalan kebenaran dan mengakui kesilapan yang lepas. Kerana itu semua adalah sifat bagi setiap manusia.

Ust Md Ali Jamil
Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
11.10 pagi (khamis)
19 J. Akhir 1438
16 Februari 2017