Jum04282017

Last updateKha, 27 Apr 2017 6pm

Back Utama Kenyataan/Berita PAS Rakam Takziah Atas Pemergian Syeikh Murtadza

PAS Rakam Takziah Atas Pemergian Syeikh Murtadza

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Dato' Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, bekas Mufti Negeri Sembilan semalam.

Kita menyaksikan kebaikan dan usaha yang telah dilakukan oleh al-marhum sepanjang hidupnya bagi menyuburkan perkembangan ilmu Islam. Perginya al-marhum dengan meninggalkan sejuta manfaat untuk ummah.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya daripada hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ‘ulama. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

17 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017