Ahd04302017

Last updateAhd, 30 Apr 2017 2pm

Back Utama Kenyataan/Berita PAS mengecam tragedi letupan bom terbaru yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah St. Petersburg

PAS mengecam tragedi letupan bom terbaru yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah St. Petersburg

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

PAS mengecam tragedi letupan bom terbaru yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah St. Petersburg, Rusia pada 3 Mac lalu. Tragedi letupan bom ini telah mengorbankan belasan mangsa dan mencederakan puluhan orang awam yang tidak bersalah.

PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi kejam dan tidak bertamadun ini. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan seluruh rakyat Rusia di atas tragedi berdarah ini.

Selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kedamaian, PAS secara konsisten mengecam sebarang tindakan pembunuhan dan kekejaman yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa untuk apa tujuan sekalipun. PAS menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.

PAS menggesa semua pihak untuk berfikir dan bertindak secara matang dalam apa jua tindakan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak bertamadun ini berulang. PAS juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperolehi.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

08 Rejab 1438H / 05 April 2017M