Kha09212017

Last updateKha, 21 Sep 2017 12am

Back Utama Kenyataan/Berita Tahniah Ismail Haniyeh Dilantik Sebagai Ketua Biro Politik Baru Hamas

Tahniah Ismail Haniyeh Dilantik Sebagai Ketua Biro Politik Baru Hamas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Ismail Haniyeh, bekas Perdana Menteri Palestin atas pelantikan sebagai Pengerusi Politik HAMAS yang baharu. Beliau menyambung legasi kepimpinan Khaled Meshaal yang menjawat kedudukan tersebut sejak tahun 1996. 


PAS mendoakan beliau dan barisan kepimpinan baru diberi kekuatan, kesabaran dan pertolongan daripada Allah untuk memimpin HAMAS bagi meneruskan perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman Israel dan Zionis dan menjaga hak penduduk Palestin.

PAS sentiasa mendokong perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan menyakini bahawa perjuangan ini adalah isu utama umat Islam dan masyarakat dunia yang merentasi sempadan geografi, perbezaan politik, mazhab, kaum, bangsa dan warna kulit. Justeru itu, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 pada 30 Mei 2017 di Kota Sarang Semut, Kedah, PAS telah meluluskan usul untuk meneruskan usaha mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqdis.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Syaaban 1438H / 10 Mei 2017M

 

[ English Version]

CONGRATULATIONS TO ISMAIL HANIYEH ON HIS APPOINTMENT AS THE NEW CHIEF OF HAMAS POLITICAL BUREAU

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) congratulates Ismail Haniyeh, the former Palestinian prime minister on his appointment as chief of HAMAS Political Bureau. This appointment is a continuation of the leadership legacy of Khaled Meshaal who had held the position since 1996.

PAS prays that Mr. Ismail Haniyeh and his team to be given strength , patience and the help of Allah in leading Hamas in the on-going effort to liberate Al-Aqsa Mosque and Palestine from the grasp of Israel and the Zionist and to protect the rights of the Palestinians.

PAS is always committed to supporting the Palestinian cause and the liberation of Al-Aqsa Mosque and remain steadfast in our belief that this struggle is a main issue facing Muslims and the world community crossing geographical boundaries, political differences, sects, races, nationalities and skin colors. During the recently concluded 63rd PAS General Assembly on May 30th, 2017 in Kota Sarang Semut, Kedah, PAS approve a motion to continue supporting the struggle for Jerusalem and its return.

“Harmony with Islam”

ABDUL HADI AWANG
President of PAS

Date: 13 Syaaban 1438H / 10th May 2017