Rab08232017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 6pm

Back Utama Kenyataan/Berita PAS Mengutuk Serangan Terhadap Orang Awam Di Manchester Dan London

PAS Mengutuk Serangan Terhadap Orang Awam Di Manchester Dan London

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS MENGUTUK SERANGAN TERHADAP ORANG AWAM DI MANCHESTER DAN LONDON


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan ganas terhadap orang awam di London pada hari Sabtu lalu, yang menyebabkan 7 terbunuh dan 48 cedera. Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera.

PAS mengutuk sekerasnya serangan berkenaan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman.

Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 11 Ramadhan 1438H / 6 Jun 2017

-------------------------------------

[English Version]

PAS President Media Release

PAS Condemning the Civilian Attack in Manchester and London .

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) condemning the brutal attack towards civilians that occured last Saturday which caused 7 casualities while 48 people were injured. Before this, similar attack had occured in Manchester on 22nd May 2017 by using suicide bombers which had sacrificed at least 22 people including childrens and injured 59 people.

PAS denunciate strenuously on the attack that is clearly against the the teaching of Islam. Islam is a religion of peace which upheld the civil rights both in peace and war. Islam extremely prohibits killing of women, children, elderly, damaging buildings and also plants.

Moreover, UK had always been tolerated towards the Muslims to practice one's religion, so that Muslims could live peacefully and free to have a work, education, conducting business and other daily activities.

“Harmonious With Islam”

ABDUL HADI AWANG
PAS President

11th Ramadhan 1438H / 6th June 2017