Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Kenyataan/Berita Jaga Keharmonian Negara, Tolak Budaya Samseng

Jaga Keharmonian Negara, Tolak Budaya Samseng

Kenyataan Media Presiden PAS

JAGA KEHARMONIAN NEGARA, TOLAK BUDAYA SAMSENG


Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta. Lapor dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Bertindak sendirian seperti memukul kerana marah tanpa usul periksa dan siasatan boleh mengundang insiden yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Ramadhan 1438H / 8 Jun 2017