Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Kenyataan/Berita Takziah ke atas mangsa nahas pesawat Hawk 108

Takziah ke atas mangsa nahas pesawat Hawk 108

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Hawk 108, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Hasri Zahari di Chukai, Terengganu petang semalam.

Khidmat cemerlang mereka sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia. Marilah kita pohonkan doa agar kedua-dua mangsa ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Semoga ahli keluarga mangsa dan sahabat handai menerima ujian tersebut dengan penuh sabar dan tabah. “Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 21 Ramadhan 1438H / 16 Jun 2017M