Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Kenyataan/Berita Mengapa Kedudukan Islam Menjadi Negatif Pada Zaman Kita Ini?

Mengapa Kedudukan Islam Menjadi Negatif Pada Zaman Kita Ini?

MENGAPA KEDUDUKAN ISLAM MENJADI NEGATIF PADA ZAMAN KITA INI?

Ucapan ini disampaikan oleh Tuan Guru Presiden semasa Majlis Perasmian Serentak Konferens Dakwah Antarabangsa Rantau Asia Dan Nadwah Ulamak Antarabangsa sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan pada 21 Julai 2017, ucapan asal dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk sebaran umum.

[KLIK UNTUK MUAT TURUN TEKS PENUH DALAM BAHASA ARAB DAN MELAYU]


1. Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat Islam, dan melebihkan kita daripada umat-umat yang lain. Selawat serta salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta para pemimpin. Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin Parti Islam, Jemaah Islam, pertubuhan-pertubuhan, dan para tetamu yang dimuliakan sekalian.

2. Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan gembira kedatangan semua ke Malaysia dan kerajaan Negeri Kelantan, para pemimpin dan penyokong serta rakyat sekalian.

3. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas perjalanan jauh yang ditempuhi untuk menghadiri perhimpunan agung ini yang menghimpunkan kita di bawah satu panji untuk menunaikan kewajipan dakwah terhadap Islam, meninggikan seruannya, serta mengembalikan semula kedudukan Islam dalam lipatan sejarah untuk memimpin dunia sekali lagi walau apa jua cabaran yang diharungi, pengorbanan, kepayahan dan kesusahan dari dalam dan luar. Orang-orang beriman sesungguhnya percaya bahawa masa depan adalah milik agama suci ini walaupun berhadapan dengan fitnah dan kesusahan. Kami memohon kepada Allah agar permusafiran kamu diberkati, kedatangan kamu dialu-alukan dan dimudahkan urusan penempatan kamu.