Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Raikan Syawal Penuh Kesyukuran: DMPM sanjung budi dan jasa warga HARAKAH

Raikan Syawal Penuh Kesyukuran: DMPM sanjung budi dan jasa warga HARAKAH

Raikan Syawal, Maknakan Bersama! Alhamdulillah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)  dengan tulus hati memberikan  sumbangan duit raya kepada warga Harakah seramai 64 orang pada semalam 15 Jun 2017 di Pejabat HARAKAH PAS, Kuala Lumpur.Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua DMPM Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut mengiringi beliau bersama Timbalan Ketua DMPM, Dr Rosni Adam, Dr Nurul Hani selaku Setiausaha DMPM dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM.

" Kami sangat menghargai segala jasa pengorbanan kepada seluruh warga Harakah kepada kepada PAS khasnya. Lidah Rasmi PAS ini diharapkan dapat terus menerang dan memberikan input yang tepat, berintegriti dan telus kepada ahli PAS khususnya dan amnya pada pembaca di seluruh dunia ", ujar Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Allah Ta’ala berfirman, maksudnya “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya Malaikat Pengawas yang selalu hadir” (QS. Qaaf: 18) Kami daripada DMPM mengucapkan setinggi penghargaan yang tidak terhingga sekali lagi untuk segala jasa dan sumbangan warga kerja HARAKAH.

Teruskan berkhidmat dengan penuh  dedikasi dan semoga Allah memberikan kekuatan untuk menulis dan meneruskan perjuangan dalam medan penulisan khususnya dan diharap HARAKAH terus membumi dengan bacaan yang penuh ilmiah dan membina pemikiran netizen ke arah yang lebih berakhlak dan sentiasa berpegang dengan Al Quran dan Sunnah.

" Benar dan Inklusif "

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Ramadhan 1438 H
16 Jun 2017