Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Bantah Keputusan Makhamah Rayuan

1. Keputusan Mahkamah Rayuan yang meluluskan anak luar nikah dibinkan/ dibintikan kepada nama bapa biologi sangat jelas bertentangan dengan hukum yang termaktub dalam Al- qur’an, sekaligus tidak wajar disokong oleh mana-mana pihak.


2. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 5 bemaksud:-

“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka. Ituah yang lebih adil pada sisi Allah dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara seagamamu dan maula-maulamu.”

3. Al-quran jelas mengharamkan hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesahtarafan anak, hak pewarisan, isu nafaqqah, status wali, isu muharramat (orang yang haram dikahwini) dan memusnahkan institusi kekeluargaan Islam.


4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah menetapkan anak yang lahir selepas 6 bulan qamariah hasil daripada pernikahan yang sah sahaja layak dibinkan dengan bapa biologinya.


5. Pendirian tegas perlu disuarakan pihak mufti, agamawan dan NGO Islam demi menjaga kemaslahatan agama justeru, rayuan yang difailkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui Jabatan Peguam Negara perlu diteliti dan kami mendesak Mahkamah Persekutuan tidak meluluskan permohonan Mahmakah Rayuan tersebut.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Zulkaedah 1438H
31 Julai 2017