Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Islam Memacu Negara Sejahtera. Tahniah Kelantan!

Pengumuman Laporan Ketua Audit Negara mengenai prestasi cemerlang pentadbiran Negeri Kelantan membuktikan corak pengurusan pimpinan PAS berasaskan Islam ditahap terbaik.

Pengumuman tersebut menobatkan Pejabat Menteri Besar Kelantan dan SUK Kelantan memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016.

Kami melihat prestasi cemerlang ini bukti corak kepimpinan berasaskan panduan Islam sebenar merupakan kunci kejayaan. Islam pada terkandung segala ajaran yang lengkap meliputi semua aspek termasuk urusan mentadbir negara.

Sudah tiba masanya kita menjadikan Islam yang syumul sebagai panduan dalam apa jua hal. Tegakkan agama Islam dan mentadbirlah dengan keindahan yang ada padanya. InsyaAllah, sebuah negara sejahtera mampu direalisasikan.

Allah S.W.T berfirman:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.”
(Al-Baqarah: 30)

Hari ini kita melihat perintah Allah S.W.T supaya menegakkan syiar Islam diremehkan. Maka, hal inilah yang menjurus kepada pelbagai masalah termasuk masalah sosial, urus tadbir kewangan yang lemah dan sebagainya.

Keadaan yang semakin parah ini perlu dirawat segera. Maka jadikanlah Kelantan sebagai negeri contoh sekaligus memartabatkan Islam sebagai agama sejahtera dan harmoni.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Ogos 2017