Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Al Fatihah: Sembah Takziah

Al Fatihah: Sembah Takziah

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”. (Surah Al Ankabut, ayat 57).

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kedah di atas kemangkatan KDYMM Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-27 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14 di Istana Anak Bukit jam 2:30 petang, ( 11 September 2017)  di Istana Anak Bukit, Kedah.

Sesungguhnya kemangkatan KDYMM sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan segala jasa dan bakti akan sentiasa kami kenang. Kami mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Baginda dan menempatkan Baginda di Syurga-Nya bersama para golongan yang diredhai.


'Sejahtera Bersama Islam'

"Muslimat Memacu Kemenangan"


USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Zulhijjah 1438
11 September 2017