Kha09212017

Last updateKha, 21 Sep 2017 12am

Back Utama Kenyataan Ketua DMPM 2015-2017 Selamat Tahun Baru Cina daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Tahun Baru Cina daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina. Menurut kepercayaan mereka, perayaan tersebut adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru.

Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina yang berada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Semoga tahun baru ini menghadiahkan azam dan semangat baru buat kalian semua.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah merakamkan kepelbagaian bangsa yang wujud di dunia ini dalam al-Quran supaya kita semua saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
[Al-Hujurat: 13]

Umat Islam juga diwajibkan menghormati penganut agama lain, ini adalah ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108:

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Semoga kita semua dapat bersatu dan menjaga keharmonian negara dengan wujudnya kepelbagaian bangsa dan budaya ini.

USTAZAH NURIDAH SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
28 Januari 2017
29 Rabiul Akhir 1438 H