Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Back Utama Kenyataan Ketua DMPM 2015-2017 MUSLIMAT PAS MENGUTUK PENGHARAMAN BERHIJAB DI EROPAH

MUSLIMAT PAS MENGUTUK PENGHARAMAN BERHIJAB DI EROPAH

MUSLIMAT PAS MENGUTUK PENGHARAMAN BERHIJAB DI EROPAH

Pada tarikh 15 Mac 2017 Mahkamah Undang-Undang Kesatuan Eropah telah mengeluarkan satu kenyataan membenarkan majikan mengharamkan kakitangan mereka mengenakan pakaian yang melambangkan simbol termasuk pemakaian hijab bagi pekerja Islam.Pengumuman tersebut disifatkan sebagai tindakan yang hanya bermotif untuk mewujudkan diskriminasi agama dan juga sebagai bukti jelas Islamfobia semakin berleluasa di Eropah.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sangat kesal dan mengutuk  tindakan tersebut dan seluruh masyarakat Islam juga seharusnya kecewa terhadap isu yang dimainkan ini.Islam menuntut wanita menutup aurat dan berhijab adalah untuk menjaga kesucian dan harga diri wanita tersebut."Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (An-Nisa': 31)Sudah terbukti dengan pemakaian hijab, akan menjadikan wanita tersebut mampu bekerja dengan lebih berkeyakinan dan cemerlang.

Pemain pedang wanita Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad, tahun lalu berjaya mencipta sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016 dengan tampil sebagai atlet Amerika Syarikat pertama yang bertanding di Sukan Olimpik dalam keadaan berhijab. Manakala ratu pecut Iran, Ruqayya al-Ghasara juga pernah membuktikan berhijab bukanlah halangan untuk kaum wanita terus aktif dan cemerlang dalam bidang yang diceburi.Andai Islam itu difahami, nescaya sinar keindahan agama suci kita menjadi kebanggaan seluruh bangsa. Islam mengajar hambaNya tunduk dan patuh kepada perintahNya serta menyebarkan kebaikan tanpa mengira agama dan warna kulit.Islam adalah agama yang syumul. Firman Allah dalam surah Saba ayat 28 "Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan”.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menzahirkan kekecewaan di atas apa yang berlaku. Tunjukkanlah akhlak dan peribadi yang mulia, agar orang bukan Islam  terpikat dengan keindahan dan cara hidup Islam.Ayuh bersama kita memohon doa supaya umat Islam di sana diberikan hak sewajarnya dan dilindungi dari sebarang penindasan. Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a.” (Al-Baqarah: 186)

 

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
22Jamadil Akhir 1438
21 Mac 2017