Ahd04302017

Last updateAhd, 30 Apr 2017 2pm

Back Utama Kenyataan Ketua DMPM Kerajaan Bakal Bentang RUU355, DMPM Rakam Tahniah

Kerajaan Bakal Bentang RUU355, DMPM Rakam Tahniah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan terbaru beliau mengumumkan kerajaan akan membentang sendiri Usul Rang Undang-Undang 355 di Parlimen.

Respon positif dari pihak kerajaan ini patut dipuji dan kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan tahniah atas kesedaran semua pihak untuk sama-sama memartabatkan undang-undang syariah Islam di Malaysia.

Isu ini mestilah dilihat dalam kaca mata persefahaman demi agama rasmi negara Malaysia, iaitu agama Islam. Polimik yang masih berlegar dengan respon-respon negatif mengenai usul ini sewajarnya dihentikan.

Himpunan 355 pada Februari lalu membuktikan seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh pindaan ini. Siri Jelajah di peringkat egeri seluruh negara juga berjaya diadakan bukti PAS begitu menekankan kefahaman terhadap usul yang bakal dibentangkan.

Semoga usul RUU 355 berjaya dibentangkan dan diluluskan di Parlimen nanti. Kami tanpa henti menyeru semua Ahli Parlimen supaya membuka mata dan menyokong usaha pemerkasaan undang-undang Islam ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107 bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu hai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat yakni (bagi semesta alam) manusia dan jin melalui kerasulanmu.”

Sesungguhnya Islam begitu menekankan keadilan dan menolak kezaliman dalam apa jua urusan. Oleh itu, kalangan bukan Islam usahlah bimbang. Ayuh teruskan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan serta diberi hidayah kepada mereka yang masih lagi ragu terhadap usaha ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Jamadil Akhir 1438
22 Mac 2017