Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Back Utama Kenyataan Ketua DMPM 2015-2017 RUU 355 : DMPM Seru Semua Pihak Berdoa untuk Diluluskan

RUU 355 : DMPM Seru Semua Pihak Berdoa untuk Diluluskan

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t atas kesempatan yang diberikan-Nya kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bagi membentangkan usul pindaan akta 355 dengan penuh tenang dan jelas.

DMPM juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru atas pembentangan usul tersebut. Kami harap usul ini dapat dibahaskan dengan baik oleh ahli parlimen dan diterima akhirnya.

DMPM menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan untuk terus-menerus memahamkan semua pihak tentang rang undang-undang ini dan berdoa agar usul ini diterima dan diluluskan.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Rejab 1438 bersamaan 6 April 2017