Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Kenyataan Ketua DPPM PERUTUSAN TAKZIAH | DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PERUTUSAN TAKZIAH | DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


PERUTUSAN TAKZIAH
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
15 Jun 2017 | 20 Ramadan 1438

Kami merasa dukacita dan dengan ini merakam takziah atas tragedi melibatkan pesawat pejuang Hawk 108 TUDM yang mengorbankan dua juruterbangnya.

Kami mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas kedua pejuang negara itu dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada yang diangkat darjat sisi-Nya.

Kami juga berharap pihak kerajaan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada keluarga ditinggalkan mereka dan semoga anggota keluarga tabah menerima ketentuan qada' dan qadar ini.

"Sejahtera Bersama Islam"
" Mara Menuju Cita"

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia