Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Back Utama Kenyataan Ketua/Pemangku DUPP Tolak GST Kerana Ia Sistem Cukai Zalim

Tolak GST Kerana Ia Sistem Cukai Zalim

Tolak GST Kerana Ia Sistem Cukai Zalim

Ramai yang mengeluh dikenakan GST. Kata mereka GST tidak sesuai dilaksanakan sekarang di Malaysia dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos kehidupan.

Ertinya mereka hanya menolak pelaksanaan GST kerana faktor masa bukan kerana menolak sistemnya yang zalim. Mereka mungkin menerima sistem GST sebagai satu sumber pendapatan negara akan datang.

Sedangkan GST perlu ditolak kerana sistem percukaian ini zalim dan tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Islam menolak percukaian berasaskan perbelanjaan kerana ia tidak boleh membezakan antara si kaya yang berkemampuan dan si miskin yang tidak berkemampuan.

Adapun cukai berasaskan pendapatan ia diharuskan dengan syarat-syaratnya yang tertentu.

Sebahagian besar ahli politik pembangkang yang menolak GST bukan kerana ianya bercanggah dengan Islam dan zalim tetapi hanya kerana ia dilaksanakan pada masanya yang tak sesuai.

Saya mengajak rakyat Malaysia menolak sistem GST sekarang dan akan datang kerana ia adalah sistem yang salah dan merosakkan keseimbangan ekonomi masyarakat khususnya si miskin.

Pelaksanaannya di banyak negara maju bukan alasan dan justifikasi untuk kita menerimanya kerana ia adalah sistem percukaian yang zalim dan menindas.

Dr Khairuddin at-Takiri

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad 4 hb Disember 2016

{jathumvnail off}